Ahad, 4 Oktober 2009

real story




"hah!! dari mana ni??". Sir J bertanya. Suaranya keras. Subjek komsas mengenai 'lelaki orang putih' terhenti.

Kami lebih kurang 10 pelajar 2 Anggerik. Terkebil-kebil. Antara bersedia dan takut.

Khairunnisa yang berani, menjawab.

"dari surau, solat zuhur...".

"ooohhh...".

Pap!.

Kami dihadiahkan sepakan percuma di belakang betis.

Terdorong Kharunissa ke hadapan.

Habis membuat sepakan. Kami disuruh duduk.

"lain kali, lepas solat terus masuk kelas...jangan tunggu-tunggu...ni berapa rugi sudah kamu...". Dia berceramah.

"tapi Sir....". Charles cuba menerangkan.

"apa...?". Sir J bercekak pinggang.

"zuhur lewat masuk...jadi kami...".

Memang setiap masa pertama kelas, kami akan lewat 10 minit.

"ahhh...lain kali jangan beralasan..". Sir J meneruskan P&P.


Khairunisa tersengih-sengih.

"ba wau dal wau hah...". Sir J yang menyedari reaksi kami menghadiakan perkataan itu.

Walaupun Sir J bukan beragamaIslam, tetapi dia tahu serba sedikit tentang solat.

"Paling tidak hanya 5 minit masa diperlukan untuk solat. Apatah lagi jika berjemaah...". Sir J meneruskan ceramah sebelum menyambung sesi P&P yang sering terhenti.


....................................................................

Kami sudah biasa di sepak. Lewat masuk. Tidak menjawab soalan.

hanya kelas kami berani lewat masuk ke kelas kerana bersolat di surau. Kelas lain tidak pasti.
Sir J memang brutal.

mungkin sebab isterinya seorang Inspektor polis.


..............................................

"nanti aku letak paku belakang betis...biar padan muka Sir tu...".

kami ketawa beramai-ramai.



.............................................................................................




nota bawah:

dianggarkan hanya2.5 % pelajar sekolah yang bersolat setiap hari.

Isnin, 7 September 2009

Surau Al-Gaffar








sekadar mengisi kekosongan...
sedikit cerita mengenai surau kayu...

Surau ini adalah nadi bagi SMK Bukit Garam.
Saya tidak pasti bila ia dibina.

Tetapi yang pasti sejak di darjah 3 ( tidak silap tahun 1996) lagi. Surau ini sudah wujud.
Mungkin keadaanya dan warnanya sahaja yang berubah-ubah..kuning,hijau,pin

Kebiasaanya penyeri bagi surau ini adalah budak-budak asrama (aspura/aspuri ). Khususnya pelajar lelaki. Dari solat Subuh, Zuhur, Asar sehingga Maghrib semuanya dilakukan di Surau ini.

Malah Qiamulail sekali berlangsung di Surau ini..


Kebiasaanya para 'budak-budak asramalah tukang sapu. Lap cermin. Mop lantai. Cuci langsir.
Harap pelajar sekolah. Agak mustahil.


Alhamdulillah..
Sejak saya di asrama. Pengisian Surau ini selalu padat. Ada bilal melaungkan azan setiap waktu. Ada kuliah Subuh dan Maghrib.

Biasanya pemberi kuliah ini adalah pelajar-pelajar senior yang berani bercakap dihadapan.
Dengan membaca buku tebal yang tersedia sesiapun boleh. Asal berani duduk dihadapan Aspura dan Aspuri.

Siap ada sesi soal jawab lagi..

Ada juga sesi ceramah oleh golongan-golongan ustaz. Ustaz-ustaz dengan sukarela datang. Subuh ataupun maghrib.

Biasanya bab-bab yang dibincang adalah berkenaan dengan Fiqh . Maklumlah waktu dikelas tidak cukup untuk belajar bab-bab ini. Lagipun aspek ini, adalah harian.

Juga tidak ketinggalan bab-bab akidah.




Semasa saya bersekolah petang.
Kebiasaanya yang solat diwaktu bilal Subuh berganti-ganti. Kebiasaanya adalah senior-senior yang bersekolah pagi.

Saya tidak begitu mengingati siapa.
Yang saya ingat adalah dari 'kaki-kaki surau'.

Macam Azman, Alias, Ijhad..Fadli Nur...biasanya pelajar-pelajar 5 Anggerik (payahnya untuk diingat).




Semasa asrama 'pengsan air'. Surau inilah tempat menagih simpati.
Untuk aspuri. Baldi akan ditadah dikawasan wudhu.
Tetapi, aspura. Mereka bebas sedikit. Boleh mandi dan berenang sekali..

Kalau tidak silap. Di tahun 2003, surau ini telah mendapat anugerah
SURAU YANG PALING AKTIF. semasa Maulidur Rasul. peringkat Daerah Kinabatangan.

Selepas tahun itu. Anugerah itu diberhentikan. Mungkin jika tidak diberhentikan, anugerah itu masih dikuasai..

Tetapi...
Sejak tahun 2005...kuasa surau ini semakin kelam.

Mungkin disebabkan krisis kepimpinan yang berlaku di asrama (menurut pandangan beberapa pelajar asrama)..
Juga mungkin masalah air yang berlaku di kawasan asrama..sekaligus Surau ini..



Mungkin juga ada masalah lain..
Menyebabkan keadaan surau itu semakin kelam...
Saya menanti-nantikan ada pemimpin dari kalangan PERPIS untuk menghalau kelam itu..

moga kelam itu hanya sementara...
InsyaAllah bila keadaan Asrama stabil surau itu akan terkena tempiasnya...


Saya menantikan ada peluang untuk ke sana..memeriksa tahap kelam (mungkin jangkaan saya silap)...


by; wakil admin (2000-2006)
....................................................
nota kaki;
Gambar-gambar sekadar gambar hiasan.

masjid Putrajaya..kadang terlebih iklan tentangnya.

masji terapung..(lupa namanya)dekat Marang.Terangganu.

Selasa, 25 Ogos 2009

cerita Ramadhan

Lama sudag blog ni kosong. Mungkin kekosongan idea atau kesibukan masa.

Dibulan yang penuh berkat ni. Semoga segalanya dipermudahkan Apatah lagi bila syaitan telah dirantai, pintu Syurga dibuka luas. Neraka ditutup..Oh indahnya;

Rabu, 22 Julai 2009

Contohi Al-Fateh... siapa dia?

Rasulullah saw pernah menyebut dalam satu hadis, yang b'maksud :

" Kota Konstantin pasti akan dibuka, yang akan membukanya adalah sebaik-baik pemerintah, sebaik-baik panglima dan sebaik-baik tentera"


Ramuan Al-Fatih Takluki Konstantinople

Kisah Sultan Muhammed Al-Fateh, moga kita memperoleh manfaat....

Konstantinople kota milik empayar Byzantine (Rom) merupakan sebuah kota yang memiliki pertahanan yang amat menakjubkan.

Kota ini berbentuk tiga segi. Dua bahagian kota menghadap laut iaitu Selat Bhosporus dan Laut Marmara. Bahagian daratan dilingkungi oleh sebuah benteng yang sangat kukuh, antaranya seperti:
  1. Bahagian luar kota dilingkungi oleh sebuah parit besar. Dalamnya 10 meter dan lebarnya 60 meter
  2. Tembok dalam pula setinggi 40 kaki tinggi dan 15 meter tebal
  3. Terdapat menara kawalan sepanjang tembok dalam dengan ketinggian 60 meter!
  4. Terdapat 400 batalion tentera terlatih mengawal tembok ini sepanjang masa.

Dengan kedudukan pertahanan seperti itu, hampir mustahil untuk tembok ini dicerobohi.

Di bahagian laut pula, terdapat rintangan rantai besi yang kuat diletakkan di Selat Bosporus yang digunakan untuk menghalang kapal-kapal melepasinya.

Konstantina
pole telah menjadi ibu kota Empayar Bizantin untuk berkurun-kurun dan dikenali sebagai kota yang paling makmur dan terkaya di Eropah. Ia terletak di pertemuan antara Asia dan Eropah dan Laut Mediterranean dan Laut Hitam. Justeru, ia sangat strategik baik dari segi perdagangan mahupun geo politik.

Sejak Rasulullah s.a.w mengungkapkan bahawa nanti Kota penting ini akhirnya akan jatuh di tangan seorang pemerintah yang terbaik, memimpin tentera yang terbaik sepanjang zaman, telah banyak percubaan dibuat untuk menawan kota ini, namun tidak berjaya. Sahabat seperti Abu Ayub al Ansari juga telah berusaha dan mereka telah mengepung kota ini selama tujuh tahun, tetapi masih gagal.

Hanya 800 tahun selepas sabda Nabi SAW, sabda yang menakjubkan ini menjadi kenyataan. Sultan Muhammad bin Murad yang kemudian lebih masyhur dengan gelaran Sultan Muhammad al Fatih telah memulakan pengepungan ke atas Konstantinapole pada hari Khamis, 5 April 1453 dan berjaya membuka kota ini pada 29 Mei 1453.

Tentu bukan mudah untuk Sultan Muhammad al Fatih untuk menakluki kota tersebut. Peribadi baginda dan tentera-tentera baginda juga menjadi ramuan kemenangan ini.



Perkara ini dapat disaksikan semasa baginda dan tentera-tentera baginda ingin menunaikan solat Jumaat kali pertama di Konstantinople selepas menumpaskan Angkatan tentera Byzantine.

Timbul pertanyaan di kalangan mereka siapa yang layak menjadi imam solat Jumaat yang pertama itu.

Baginda kemudiannya memerintahkan kesemua tenteranya termasuk dirinya berdiri dan diikuti pertanyaan: "Siapa di antara kita sejak baligh hingga sekarang pernah meninggalkan solat fardhu walau sekali sila duduk!".

Tiada seorang pun yang duduk, kerana tidak seorang pun di antara mereka pernah meninggalkan solat fardhu.

Pertanyaan seterusnya, "Siapa di antara kita yang sejak baligh hingga kini pernah meninggalkan solat sunat rawatib sila duduk!".

Sebahagian daripada tenteranya duduk. Kemudian Baginda bertitah, "Siapa di antara kamu sejak baligh hingga ke saat ini pernah meninggalkan solat tahajjud walaupun satu malam, sila duduk!".

Kali ini semuanya duduk, kecuali baginda sendiri sahaja yang tetap berdiri! Subhaanallah!

Baginda tidak pernah meninggalkan solat fardhu, Solat Sunat Rawatib dan Solat Tahajud sejak baligh. Tepatlah janji Rasulullah s.a.w dan kota ini kemudian bertukar nama kepada Istanbul. Mungkin inilah satu faktor kemenangan Baginda dan tentera baginda. Mereka betul-betul berhak untuk mendapat gelaran seperti yang terdapat dalam sabda Rasulullah SAW itu.

Renung-renungkan.

sumber :

www.iLuvislam.com

hishashi*
Editor: b_b

Khamis, 21 Mei 2009

Muslim's Teenagers Camp 09


Assalamualaikum wtw, Salam Ukhwah...  


Untuk makluman adik-adik, InsyaAllah pada bulan Jun nanti sebuah program mendidik jiwa dan minda akan diadakan. Pelbagai pengisian menarik disajikan buat adik-adik yang ingin mengikuti program ini. Bagi pelajar-pelajar SMK Bukit Garam, keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar PERPIS 2009. Program ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah sekitar daerah Kinabatangan.. Tingkatan 4 & 5. Antara objektif program ini adalah untuk membentuk akhlak islami dalam kalangan pelajar dan memberi kesedaran tentang kepentingan ketrampilan dan kecemerlangan akademik. InsyaAllah kami cuba memberikan yang terbaik untuk adik-adik. Jom daftar... pendaftaran adalah terhad! 
Berikut merupakan maklumat program :-

MUSLIM'S TEENAGERS CAMP
Tarikh : 05 - 08 Jun 2009
Tempat : SMK Sri Lamag, Kinabatangan
Anjuran : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) 
dengan kerjasama
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Sri Lamag

Kepada pengunjung-pengunjung blog yang bermurah hati, bolehlah membantu dengan memberikan sumbangan untuk program ini. Sumbangan berbentuk wang bolehlah disalurkan kepada akaun bendahari program : 

Siti Aminah Asmat
no. akaun BSN : 12995-29-00001136-2

Arigato gozaimas... :) 




Rabu, 20 Mei 2009

Selamat Hari Guru....


 dedicate to all teachers especially SMK Bukit Garam's Teachers. 
Thank you teacher! 

Happy Mother's Day....


Dedikasi khas buat ibu-ibu... Love u mom :)

Isnin, 4 Mei 2009

Buat adik-adikyang bakal menduduki PMR & SPM


Assalamualaikum wtw...
 
aPa khabar adik2? akak harap semuanya sihat2 belako. hehe... Pejam celik, pejam celik... tinggal beberapa bulan sahaja lagi adik2 akan menduduki peperiksaan besar yang bakal mengubah hala tuju masa depan adik2. Macam mana dengan persiapan? Are you ready?!!! Sedikit ilmu hendak dikongsi bersama dengan adik2..  Harap dapat take note and take action :)

Merancang Program Mengulangkaji

1. Buat Jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20-30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit. 

2. Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan 'hint' / klu/ soalan spot tentang topik yang mungkin akan disoal dalam peperiksaan.

3. Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun lepas supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.

4. Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran 

5. Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka keluar.

6. Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan lepas

7. Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.

8. Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.

9. Jangan sesekali ponteng kelas. Anda mungkin tertinggal tip2 penting yang diberikan oleh guru anda. 


Saidina Uthman bin Affan r.a berkata, Antara tanda2 orang yang bijaksana ialah :

1. Hatinya selalu berniat suci 
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah 
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. 

Semoga berjaya... :)

Ibu, letakkanlah pipiku di tanah

Diceritakan oleh sebahagian orang-orang soleh, bahawasanya ada seorang perempuan tua yang mempunyai seorang anak lelaki yang lalai akan dirinya. Apabila lelaki itu hampir meninggal dunia, ia meminta kepada ibunya “Ibu, letakkanlah pipiku di tanah”

Ibunya pun menuruti permintaannya.
Kemudian lelaki itu menangis dan memohon dengan sungguh-sungguh kepada Allah agar dosa-dosanya diampuni. Menjelang kematiannya, ia berkata kepada ibunya: “Demi Allah, janganlah ibu memberitahukan kematian anakmu ini pada seseorangpun, kuburkanlah anakmu ini di pinggir rumah ini, kerana selama ini anakmu ini telah menyakiti tetangga-tetangga anakmu yang masih hidup di dunia. Maka anakmu ini tidak ingin menyakiti tetangga-tetangga yang telah mati, di akhirat kelak”

Ibunya pun menunaikan permintaannya, ia menguburkan anaknya di dalam rumah. Pada suatu malam, perempuan tua itu bermimpi bahawa anak lelakinya itu berada di kebun yang indah yang di dalamnya terdapat istana-istana yang dihias indah. Dan di antara kedua mata anaknya tertulis dengan cahaya, kalimat yang bebunyi: “inilah hamba yang mengakui dosanya, ia bebas daripada neraka”
Ibunya berkata “berhentilah anakku, ibumu mahu bertanya, apakah puncanya engkau berada di tempat mulia ini?”

Ia menjawab “Setelah anakmu ini wafat. Aku dihadapkan kepada Yang Maha Haq, Dia berkata kepadaku ” wahai hamba Ku, engkau dibenci dan dijauhi dengan penuh kemarahan oleh orang-orang sekelilingmu ketika hidupmu, mereka telah menutup pintu rahmat-Ku kepadamu. Seakan-akan keampunan-Ku tidak cukup bagi menebus segala dosa kesalahanmu. 

Seakan-akan perbendaharaan kekuasaan-Ku memerlukan kebaikanmu. Sedangkan Aku merahmatimu kerana pengakuanmu terhadap kekuranganmu, tawaduk (rendah diri) dan permohonanmu yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keampunan-Ku. Berangkatlah menuju nikmat-Ku. Aku telah mengampunimu”. Petikan Kitab: Al-Mawa’idh wal Majalis: masa: 235 Sesungguhnya rahmat Allah itu Maha Luas, berusahalah kita mendapatkanya. insyaAllah.

Ingatan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan salah seorang ulama' di Malaysia, di dalam bukunya bertajuk “insan, ingatlah…” bunyinya lebih kurang “hidup ini umpama pengiraan matematik, kita tidak tahu apakah jawapan sebenarnya selagi kita tidak sampai ke penghujung pengiraannya”.

Bermakna: hari ini mungkin kitalah seorang yang paling wara’ dan alim, tetapi jangan sesekali megah,ujub dan takabur dengan itu semua, kerana kesudahan hidup kita belum tentu lagi bagaimana. Begitu juga jika hari ini kitalah orang yang paling berdosa, tetapi jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah, kerana rahmat Allah Maha Luas, pengampunannya melebihi segala-galanya.
Wallahualam. 

 

 

 

Ingatan tulus ikhlas buat adik-adik SMKBG









Ahad, 3 Mei 2009


Assalamualaikum wtw...

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama mantan anggota PERPIS SMKBG yang lain menyumbang sesuatu yang bermanfaat buat adik-adik di sekolah. Harapnya, blog ini telah pun diketahui kewujudannya oleh adik-adik SMK Bukit Garam terutamanya buat ahli PERPIS. Tidaklah kami syok sendiri... post entry2 baru, tp adik2 SMKBG x tahu pun tentang kewujudan blog ini...utk tatapan minda dan jiwa. Lawatlah blog ni kalau ada peluang. Pelajar luar bandar juga memerlukan kemudahan seperti pelajar di sekolah2 bandar terutamanya kemudahan internet. Tak pun, pinjam jak laptop ust zaidi..hehe. 'Pearls of Islam', post terbaru kali ini. Kenapa pulak akak post entry ni? apa agaknya adik2 tgh fikirkan mengenai post terbaru kali ini? Harapan akak untuk melihat adik2 menjadi mutiara-mutiara Islam... yang menyinari hidupmu dan orang sekelilingmu dengan semangat dan usaha cintakan ISLAM. Adik-adik yang dikasihi kerana Allah.. adik-adik adalah harapan Rasulullah saw, harapan Islam, adik-adik harapan ibu dan ayah, harapan guru-guru, harapan masyarakat dan harapan negara. Belajarlah untuk mengejar cita-citamu... dengan ILMU & REDHA ALLAH kita akan berjaya dunia dan akhirat... insyaALLAH. 'Kalau nak pintar...belajar, kalau nak hasil...usaha'. Teringat pulak dialog yang diucapkan oleh pelajar-pelajar miskin dalam filem Laskar Pelangi. Filem motivasi buat guru dan para pelajar. Dapatkan segera. Akak dah lencong dah ni.. huhu. Pesan akak, Tetapkan matlamat hidup adik-adik... semuanya untuk mencari redha Allah. Tanamkan dalam diri bahawa adik2 perlu memberi sumbangan untuk Islam. semua ok kan? 

Khas untuk adik-adik SMKBG

ADIK REMAJAKU

Teguhmu membangun Ummah
Pendirianmu membela maruah
Tafakurmu mendamba hidayah
Dikaulah remaja yang sempurna

Usia mudamu hanya sekali
Penuhilah ia dengan berbakti
Ajaran Rasul hendaklah diikuti
Perintah Allah wajib dipatuhi

Bersyukurlah atas rahmatNya
Bersabarlah dengan dugaanNya
Bertakwalah dirimu kepadaNya
Pahala berganda ganjarannya

Andai nafsu dapat kau tahan
Tangisanmu hanya kerana Tuhan
Hatimu terpaut pada rumahNya
Nikmat Syurga akan kau rasa

Perjalananmu masih jauh
Wahai adikku aturlah langkah
Gunalah kelebihan yang ada
Demi keagungan agama dan bangsa


BY : RAIHAN

P/S: Hayati lirik nasyid di atas ya.... :)
 

Khamis, 23 April 2009

Menunggu sirih pulang ke gagang,
Setelah lama dalam perjalanan,
Menunggu pulang seorang pejuang,
Buat berkhidmat di tanah kelahiran.
Menunggu sirih pulang ke gagang,
Menyemai tanah yang kian gersang,
Menambah upaya sang peladang,
Menabur benih di bumi kontang.
Menunggu sirih pulang ke gagang,
Kerana meyakini tanpa secuit ragu,
Hujan emas di negeri orang,
Lebih rela berhujan batu.
Menunggu sirih pulang ke gagang,
Merenung masa depan Sabah gemilang
Mengharap saat Islam terbilang
Tak tercapai selagi,
Anak Sabah terus di bumi orang.

Ku petik sajak ini di suatu Blog, lalu ku postkan ke dalam Blog yang jarang ku updatekan, nasib baik lah sahabiahku yang berada nun Jauh D UK sangat rajin menambah ceria. Kalau tidak, entah apa lah jadinya blog ini. Tapi hairan gak kenapa tak da siapa yang sudi updatekan blog ni. Bukan takda ku promosi, ada juga, entahlah…..
Dikesempatan yang agak terlewat ini ku menghulurkan salam imtihan kepada semua sahabat/biah yang sedang bertarung digelanggang akademik. Jangan di Lupa gred kita tidak akan dibawa bersama ke akhirat kelak. Juster, buktikan gred itu sangat bermanfaat andai bilamana kecemerlangan yang kita cipta bahkan perolehi diinfakkan untuk islam. InsyaAllah.
Lalu kerinduaan ku kepada gerakkerja dan ukhuwah bersama sahabat yang dipisahkan dek jarak dan waktu membuatkan hati dipaksa untuk menitipkan sesuatu . Cukuplah walau kalian tahu, bahawa bila ukhuwah di jiwa Kerana Allah bertemu tak temu, berpisah tak gelisah, namun jarak cukup membuatkan aku semakin rindu dengan kalian semua. Akhir titipan Salam perjuangan dan salam Imtihan…
Buat semua adik2 yang masih menuntut di mana-mana jua, tuntutlah ilmu dan jangan pernah jemu, kelak ia sungguh bermanfaat untuk kamu.
Post By: Adriyani......

Ahad, 19 April 2009

untuk semua yang menghadapi demam exam..





semoga Allah mempermudahkan...

sedikit cerita di waktu petang..



minggu depan semua pelajar-pelajar ipt akan berperang bersenjatakan dengan pen, pensil, kertas...dan paling penting 'ilmu'..

di bumi UKM waktu ini, sangat2lah syahdu..memang sesuai untuk membutak..kata mamaku, di Bukit Garam, lama sudah indk hujan. Tapi disini...petang2 turunlah 'rahmat'. Dan berteraburlah payung dilihat. Ada merah, putih, kuning, hijau..yang warna warni pun ada..haha..cantiklah kan pemandangan itu..

lagi-lagi bila bilik berhadapan dengan jalan raya..paling syahdu kalau sambil-sambil itu minum teh Boh dan biskut kering..di sini, goreng pisangnya mahal..nanti di kampunglah makan puas-puas..pas tu..dengar lagu raya..haha..layan blues sekejap..


Minggu lepas, kata adik orang, dorang buat majlis perpisahan Madam Rozalin..katanya Madam tu mo pindh di Tawau..
sedih juga kisah madam ni..kisah Arwah Cikgu Jasman..cikgu Jasman pernah juga ajar orang masa perkampungan sukan bahagian Sandakan dulu..
Kisah perpindahan cikgu ni, kata adik orang, madam kirim salam dengan orang...oah walaikumsalam.wtw. madam..

biaralah madam pindah..sekurang-kurangnya madam lebih tenang di Tawau..yalah kan, sebelum ke SMK BG, Madam mengajar di Tawau..moga Allah terus memberikan ketabahan dan kekuatan..
..........

cerita pasal guru-guru ni..disini untungnya, kadang terserempak bekas-bekas guru-guru SMKBG yang masih bersemangat belajar..sambung di peringkat Master..antaranya Ustaz Khairul dan isterinya..Ustazah Aisyah.. Ustaz Bakri.. Cikgu Mardiah..

Kadang-kadang segan juga. Terutamanya ustazah Aisyah. Dia ndak pernah pun ajar orang. Tapi alhamdulillah bila orang bersalaman dengannya, dia masih kenal bekas sekolah yang pernah di ajarnya.

Antara malu dan segan, ada juga bertegur sapa dengan ustaz Khairul...seingat orang, ustaz ni pernah menjadi penyelia petang di SMK BG, kalau ndak silap..dalam tahun 2003..masa tu orang selalu balik petang, sebab bermarkaz di makmal...tiapa petang Isnin, pasti bergema Asmaul Husna, siap ada yang gantung 'kad asmaul husna' di leher..ingat lagi..
mungkin sebab sidang petang ni senang masuk ajar.. kalau sidang pagi..mana ada semua itu..
mungkin juga ustaz ni memang ada kemahuan menerapkan nilai2 mengingati Allah dalam perhimpunan mingguan itu..betulah kuasa itu penting..walaupun jarang orang yang memerlukan.

loh ni..ndak pasti pulak sama ada masih berjalan lagi aktiviti itu.

hari tu, terhuyung hayang sikit berlari kesana sini, ke bilik HEP ke bilik persatuan..rupanya ustaz Bakri perasan. Mungkin dia baru balik dari Perpustakaan Sri Lanang ( PTSL ). Dia pun tegur..eh ustaz..masih kenal lagi rupanya.
Dia tanya kenapa sampai sibuk sekali. Orang jawablah 'YB'. Niat hati main-main jak. Ketawa ustaz Bakri. Kami berbual seketika. Macam-macam ditanya. Rupanya dia sedang mengajar di Maktab Gaya. Isterinya pula, masih di Bukit Garam..tabah ya Ummu Asraf..!

Sebelum beredar, ustaz Bakri kata nak belanja makan...huhu..jimat sikit hari ini.. tapi kalau dah memang lawak, tetaplah lawak. Masa tu bulan puasa..hahah..kempunan lagi.
ustaz sempat ajak beraya di kampungnya, nun di Kedah..dan dia kata Tahniah sebab jadi YB..

ala..ustaz ..YB tu stand for Yang Busy ataupun Yang Buat2 Busy...

Pasal cikgu Mardiah ni..lagi comel..ndak sangka bekas penyelia petang ni sebijik macam budak-budak FST ( Fakulti Sains Teknologi) sebab bawa beg belakang...lepas tu, begnya punya main besar..hahha..inilah guru orang masa tingkatan 5 sampai 6 atas..tup-tup masuk UKM jumpa lagi..sama-sama gantung kad matrik di beg..sebab senang kalau gantung kat beg..insyaAllah jarang tertinggal..nanti ndak pasal-pasal terserempak pak Guard..nak masuk lab pun tiada masalah..
lepas orang tegur mau 3 kali, barulah cikgu Mardiah perasan..aik cikgu sampai ndak nampak orang..
yang bestnya terus dia ajak 'lunch'..kami lunch di Fakulti Pengajian Islam..dia kata kalau dia dah ada kereta dia nak bawa orang jalan-jalan..bestnya..
dari dulu kata nak makan sate kajang...harap-harap pas ni dapatlah makan sate kajang Haji Samuri..( Haji Samuri ni, antara peniaga yang berasaskan Sate..)..tapi mahal juga satenya..60 posen secucuk..

Best juga bila begini kan...jimat sikit..hehe..syukran cikgu!

...............

Pasal senior-senior orang pula, selalu gi UKM..dorang kata mau cari bahan di PTSL..tapi selalunya masa dorang datang sini, orang mesti tiada duk sini..orang gi kampung Krinchi..indakpun orang ada hal lain..sebab tulah jumpa dalam mesej. Orang pun kesian juga dengan dorang tu. Dorang tu mana tau sangat UKM..jangan marah..
tapi dorang ni sering bertuah sebab akan terjumpa dengan bekas-bekas guru SMK BG..dan dapat makan freelah..pas tu dorang saja kasi jeles orang.."maje, kami dibelanja tadi..rugi ko tiada"..huhu..
ndakpalah..dorang semua semester last sudah..kasi chance lah..

...................

kawan lain pun selalu datang gi PTSL, sebab nilah perpustakaan terbesar di Asia Tenggara...
budak-budak UPSI..dorang si ani, ica, arna..si boy pun selalu juga datang..maklumlah bakal guru bahasa..

.....................

di sini, naik jak Rapid KL..murah RM1 untuk sehari..kalau mau jimat lagi..jalan kaki..ndak jauh manapun...kalau musim buah, bolehlah ke ladang UKM...menurut cerita pakcik driver bas UKM tu, katanya ladang tu bekas tanahnya...hah..di ladang ni, ada banyak buah rambutan, mangga, langsat..eh banyak lagi..orang pun baru tahu juga boleh masuk...kalau budak lelaki senanglah..dorang terus panjat...pas tu masuk dalam bakul motor..

orang suka stail YB Mumtaz..dia kata masa belajar ni kawan dengan semua warga kampus..jadi orang pun cuba-cubalah kawan dengan tukang masak cafe, orang indonesia..hehe..ndak pasal-pasal orang pun cakap 'ngapain'..

Kepada kawan-kawan yang bakal berperang selamat berperang!..jangan lupa doakan orang juga..
Kepada guru-guru yang pernah mendidik..doakan kejayaan kami..
insyaAllah orang dan kawan-kawan akan usahakan
"sireh pulang ke ganggang".




..



berbincang sementara menunggu Rapid KL


rela di didik untuk mendidik (rela ditarbiyah untuk mentarbiyah)

bukan senang mahu senang




insyaAllah "sireh pulang ke ganggang"

Rabu, 8 April 2009

Berita terkumpul

SPM 2008
pelajar Terbaik;

Mastura Sulta

STPM 2008
Pelajar Terbaik..

(2 be continue..cari sumber dulu)

Isnin, 23 Mac 2009

Nadwah Kepimpinan 2006- Ketika sejarah mula bertapak

dari Nadwah Kepimpinan..-> Program Kepimpinan Pelajar Islam..-> Program Pembangunan Pelajar Islam...-> Muslim Teenager Camp (insyaAllah sedang diusahakan)
kemana mereka setelah Nadwah ini berakhir....?
kini...hampir semua semua mereka sudah bergelar siswazah...
"Ya Rabb..engkau tahu harapan bumi tandus ini...dekatkanlah hati-hati kami..agar ukhwah terus terjalin..setelah terhenti akibat kelamahan diri sendiri.."
.......................................................................................................
generation!!...tolong cakna/betulkan/tambah/kurangkan..
Takwim ( Sesi Cuti Perkuliahan)
Mei
22 -Quranic Group..bersama Ukht. Siti Aminah( kampus UDM)...
- Surau Al-Gaffar SMK BG
23/24 - liQo' Pertama bersama pimpinan dan AJKPERPIS sesi 2009/NuQabah
- PIC-> Ukht. Adriyani Yamin (UPSI)/Akh. Ruzaini (UPM)
- Kawasan Pasti/Taman MDK
Jun
12 - Quranic Group bersamaUkht. Siti Aishah Abu Bakar (UPSI)
- Surau Al-Gaffar SMKBG
13/14 - LiQo' Sesi pertama untuk peserta MTC/AJK PERPIS
- Ukht. Siti Harna (UPSI)/- Ukht.Hazlinda(UMS KK)/Akh. Ilham (UMS)/
Akh. Syaril (KB Sarawak)
- Taman MDK
19 - Quranic Group Bersama Ukht.Somot (UPSI)
- Surau Al-Gaffar SMKBG
20/21 - liQo' Kedua bersama pimpinan PERPIS/AJK
26 - Diskusi bersama pelajar Tingkatan 6 ATAS
- SMKBG
- PIC
- Akh. Syamsulang (UUM)/Juvyline (UUM)/Ukh.Rita (UPSI)/
Akh.Hafizi (Unimas)/Akh.Juhairin (UMS)/Akh.Fauzan (Unimas)/Ukht.Rositah (UUM)
-pemantau- Siti Aishah Abu Bakar
27/28 - liQo' Umum bersama ahli PERPIS- PIC
- Ukht.Majita (UKM)/Ukh.Hawati (UiTM)
- Jamuan Penutup

Jumaat, 6 Mac 2009

program PERPIS SMKBG

bakal pengarah MTC..bersama sebahagian peserta PEPIS07

Ahad, 15 Februari 2009

moga mereka masih membantu untuk MTC 09

Sebenarnya, hati terusik;
"kalaulah penasihat PERPIS meninggalkan bukit garam...adakah masih hidup namanya PERPIS ini?"
Jiwa terancam lagi;
"betulkah kita kekurangan tenaga?"
Folder yang menyimpan gambar2 'anak-anak' PEPIS 07 menarik hati dan jiwa.
"benarkah...alumni2 ini terlalu sibuk sehingga 'tidak berjaya' membantuk 'adik-adik' usrah... yang mampu memahami kenapa perlunya PERPIS ini dijadikan platform?"
Mungkin hati ini terlalu mengikut rasa...semuanya terusik.. bila teringat seorang sahabat yang berhati keras... tetapi menangis bila melihat para 'pembawa2' panji2 ISlam di bumi kampus 'indra Awangan' yang katanya tidak memahami 'dia'..
"entahlah Maje...'dorang' ndk fahamkah macamana anak-anak Sabah ni..."
"...kita punya waki' di Sabah mana sama gan dorang..."
Betul!. Aku juga terasa seperti dia. Tapi, adakah hanya keran emosi ini aku meninggalkan 'kumpulan' ini..?? (aku x layak mmberi nasihat, tapi apakan daya...berlagaklah diri ini macam pakar psikologi)
Lalu, ku terbayang bagaimana 'kami' dijinakkan dengan 'program' sebelum mengenal sedalamnya apa itu bergerak bersama Islam?..
syukurlah walau masih tidak faham, tetapi ku lihat sahabat2ku yang lain semua memanfaatkan pengalaman ini.
Tetapi, agak2nya bagaimana dengan 'mereka' yang ditinggalkan ya?.
Sekiranya Allah mengizinkan mereka menjadi antara penghuni kampus mahupun apa jua mereka lakukan...adakah mereka terus menyokong usaha 'pimpinan' yang telah banyak berkorban?
Kalaulah mampu, mahu juga memberikan satu 'program' untuk 'budak2' PERPIS yang akan meninggalkan sekolah kelak.
Sekurang2nya mereka akan mampu menyumbang apa2 jua dalam dunia dakwah khusunya di Sabah ini

mungkin hari ini..aku diberi 'ilham' tuk berfikir hal ini..
tapi, esok lusa?
aku pn ndk pasti.
balik 'bercuti' nnti..mungkin fikiran bercabang lagi. Tangan bekerja lagi. Jiwa berkecemuk lagi. Mata membuta lagi. Otak berehat lagi. Macam-macam lagi.
Belum masuk hal keluarga lagi. Mgkin masih 'selamat' untuk mereka membenarkan 'anak-anaknya' menghilang 4 hingga 5 hari. Dengan alasan..
1. Kak tiya ada keta
2. mau beli tiket
3. Ada program sekolah
4. Entah..apa lagi

" marilah beramal...beramal kerana Allah......"

Jumaat, 6 Februari 2009

luahan seorang 'rakyat'..


Peluang ke negeri orang amat2 menyeronokkan..


apatah lagi suasananya yang seoalah kita berada di Kinabatangan..


Pagi tu habis sahaja KEWAJIPAN padaNya ditunaikan, rombongan mula berangkat.


Pensyarahku yang baik hati sering menegurkan. Mungkin kerana 'ketidak berjayaan' ku memasuki kelasnya..tetapi terus mengikuti aktiviti ini..



"hah budak Sabah... mesti bangun lebih awal.."



"...kalau di Sabah..kul 7 mesti dah cerahkan...". Aku hanya sengih. Kagum juga aku dengannya. Kebetulan dia baru sahaja balik dari Sandakan 3 hari sebelum ini.





"kiri kanan....semua kelapak sawit..". Seorang teman yang berasal dari Keningau..baru 2hari ku tahu dia juga senegeri denganku. Mungkin sebab dia bukan 'sefikrah' dgn sikapku..kami tidak menjadi kamceng..

sedangkan aku...

"pantang jumpa 'orang kampung'...5 minit dah kecoh..". Pernah kawan mengomen.


Perjalanan ke pantai yang menjadi lokasi 'berkubang' amat lama ku rasa..tersunguk2 juga kepala menahan kantuk.





Bas 'labuk' yang kami naiki mula perlahan..dan berhenti.

"ok...nak buat apa..buatlah...nilah pekan PEKAN.." seorang memaklumkan.

PEKAN?. macam pernah dgr nama.

"kawasan TPM kitalah".


Yang menjadi perhatianku sudah tentu sgnboard Bulan Mengembang..

"Lebih kurang Bandar Sandakan juga." Aku cuba membanding.



4 hari 'berkampung' di FELDA kawasan PEKAN..mengingatkan aku pada 'kebun bapaku'..

Walau nampak biasa...namun..

"anak muda...dah rosak..arak..yang jual cina..yang beli budak2 melayu..". Luahan seorang yang ku hormati menyentak hati..


"....kalau ada peluang saya bawa kamu tengok tempat penjualan tu...." Dia menambah.


Ku lihat teman2 lain, mereka seolah2 tiada hati mahu tahu.
"FELDAkah...bandarkah..sama dah masalah sosialnya..". Ni mungkin komen peribadi. Tapi ada kebenarannya.


Yang pasti kebenarannya merisaukan hati. Iyalah diri bakal menjadi seorang 'pendidik' kelak.








Ahad, 1 Februari 2009

SEDIKIT MUHASABAH


Apabila Rasulullah SAW diutus, masyarakat yang dihadapi baginda SAW itu bukan sahaja mereka musyrik dan kufar, bahkan mereka juga turut dilanda masalah sosial yang amat dahsyat. Sebut saja apa jenis kejahatan manusia, semuanya mereka lakukan terang-terangan tanpa segan silu. Namun sejarah telah membuktikan, dalam tempoh yang singkat Rasulullah berjaya menukar sejahat-jahat manusia kepada ‘khairunnas’ - sebaik-baik manusia. Manusia adalah makhluk ciptaan Tuhan yang fitrahnya sama saja di zaman mana pun mereka berada dan di mana pun mereka berada, bangsa apa dan keturunan apa pun. Bagaimana dan ubat apa yang dipakai oleh Rasulullah SAW, maka cara dan ubat yang sama juga yang mesti digunakan untuk mengubati penyakit manusia, iaitu:


Pertama: Rasulullah SAW menanamkan iman. Mengetahui Rukun Iman bukan bererti sudah beriman, mungkin itu sekadar boleh mengesahkan iman semata-mata. Keimanan yang berjaya ditanam ke dalam hati masyarakat waktu itu seperti digambarkan oleh Allah SWT dalam firman-Nya bermaksud: “Sesungguhnya orang yang benar-benar beriman, apabila disebut nama Allah gementar hati mereka.” Begitu takut dan gerun kepada Tuhan hingga gementar hati, yang mereka tidak lagi takut selain daripada Allah SWT. Mereka bukan saja tidak terjejas atau tidak terusik hatinya oleh sebarang budaya, bahkan mereka sendiri sanggup memperjuangkan Tuhan dan agama-Nya hingga tergadai nyawa.


Kedua: Rasulullah SAW mencanangkan kehidupan akhirat yang jauh lebih baik dan utama. Sebenarnya tidak ada tandingan dan bandingan tentang kehidupan akhirat. Bermula dari alam barzakh maka bermulalah era baru kehidupan manusia yang bakal ditempuh adalah suatu alam baru tanpa dapat difikirkan dan dikhayalkan. Tiada sebarang imaginasi yang dapat mencapai alam akhirat. Segala-galanya adalah alam rasa yang akal tidak mampu untuk berfungsi sedikit pun. Kehidupan dunia ini umpama mimpi saja, seolah-olah bukan realiti jika dinisbahkan dengan kehidupan di akhirat. Satu hari di akhirat menyamai seribu tahun di dunia. Kehidupan yang kekal abadi tanpa penghujungnya. Usia kita yang sekitar 60 atau 70 tahun di dunia ini kalau dikira pada perjalanan masa di akhirat hanyalah beberapa minit saja. Menyedari hakikat bahawa hidup ini amat singkat berbanding akhirat yang kekal abadi itu, tentulah tidak ada manusia waras yang sanggup mensia-siakan hidup ini begitu sahaja. Apatah lagi, sudah tentulah takut untuk berbuat dosa dan maksiat walau sedetik. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya untuk kesedapan yang sekelumit ini. Tentulah tidak akan sampai menderhakai Tuhan hanya takut kepada penderitaan yang sekelumit ini. Tentulah tidak sanggup berlalai-lalai dengan kehidupan sekejap ini sehingga terpaksa menanggung derita yang amat panjang lagi dahsyat, dan terlepas dari nikmat syurga yang tidak dapat dibayangkan.


Hadis Qudis ini menjadi pegangan hidup mereka dalam berbuat apa saja, iaitu: “Janganlah kamu pandang kecilnya kesalahan yang kamu buat, pandanglah kepada siapa kamu berbuat iaitu kepada Allah.” Sekecil-kecil kejahatan ada dosa dan nerakalah balasannya. Mereka menjadi orang yang memburu dan berlumba-lumba berbuat kebaikan. Dalam pada itu dosa kecil yang dilakukan, dirasakan seperti "gunung yang hendak menghempap kepala”. Pencinta, pemikir, petugas masyarakat dan siapa saja yang mengidamkan umat yang sejahtera, dua aspek ubat Rasulullah SAW ini sudah cukup untuk dijadikan sebagai modal mengubat penyakit sosial. Inilah modal asas dan utama yang boleh menjadi penyelesaian kepada apa jua jenis penyakit.


"Indahnya bila hidup berpedomankan Rasulullah & sunnahnya"

Bertudung atau Berfesyen...


Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan mahram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci.


Begitu juga diumpamakan dengan wanita, kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia. Menyentuh berkenaan pakaian wanita, Alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung.


Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat. Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya.


Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan surat khabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita. Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan mahramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Sabtu, 17 Januari 2009

Kenangan PERPIS dahulu…


Megah Setinggi Jasamu

Masa depan Yang jelas terpateri


Antara yang menghunimu


Ukhuwahfillah


Sinar Cahaya itu masih Ada





PEPIS 08






aLUMNI sTPM 2005/2006






pARA pEJUANG pepis 08






sAHAbAT sEFikraH









MUSLIMAT pOWER

Assalamualaikum Dan Salam Sejahtera


Coretan yang bergelar Alumni. Saat ketika bergelar pelajar dahulu, mencari segunung ilmu disamping sebukit pengalaman. Menanam tinggi cita-cita disamping belajar mengenal erti hidup sebagai manusia. Bertatih mengenal agama, belajar menggapai Mardhatillah. Lalu Perpis lah menjadi landasannya. Suka duka hidup berukhuwah dengan para sahabat yang soleh dan solehah. Mengingat kembali detik-detik di zaman sekolah sungguh indahnya berjuang, tawa dan duka bersama. Terlalu banyak kemanisannya yang mustahil dapat dirasai lagi. Patah tumbuh hilang berganti, ranting yang rapuh digantikan pula dengan pucuk-pucuk yang lebih subur dan cantik...

Bergerak kerja di medan PERPIS menjadikan kami punyai lebih matlamat yang cukup besar dan luas. Punya keyakinan dan keazaman serta yang paling kuat punyai ukhuwah yang sangat utuh hatta walaupun kami dipisahkan jauh hingga kini namun masih bersama dalam perjuangan. Masing-masing juga telah melebarkan sayap mencari suatu masa depan yang banyak pancarobanya.

Kenangan berusrah walau tak sekerap mana, kenangan bergerai di temasya sukan walau taklah seuntung mana, kenangan berprogram walau tak segrand mana, juga kenangan demi kenangan yang inilah membuatkan kita tetap mahu lagi kembali seperti dulu. Kini didikan PERPIS ini bertebaran di puncak tangga menara gading mengejar 1001 matlamat melalui segulung ijazah yang sangat dinantikan. Dimana sahaja Alumni PERPIS ada disana, tidak kurang juga beberapa bekas pimpinan PERPIS yang kini telah awal memperoleh rezeki dikurniakan ALLAH dengan takdir terjun kemedan pekerjaan yang penuh onak dan liku. Namun selagi mana matlamat kita tetap sama iaitu Keredhaan ALLAH S.W.T di mana pun dimensi kita berada kita tetap pada koordinat yang sama.

Wallahualam….
shautiyyah_87@yahoo.com
“Eratkan Ukhuwah walau dimana berada