Khamis, 15 Januari 2009

Mesyuarat PERPIS yang pertama

Persatuan Pendidikan Islam (PERPIS) SMK Bukit Garam telah mengadakan mesyuarat kali pertama pada 15hb Januari 2009 di Tingkatan 5 Orkid bagi membentuk jawatankuasa bagi sesi 2009. Pada perhimpunan pelajar pada kali ini memperlihatkan sambutan pelajar terhadap PERPIS masih baik tetapi masih perlu diperbaiki kerana sambutan untuk pelajar lelaki amat berkurangan. Paling ketara adalah pelajar tingkatan 6 Atas. 6 Atas gagal menghantar seorang wakilpun dari kalangan pelajar lelaki di kelas mereka.


Menurut Ust Mohd. Zaidi, penyertaan yang kurang daripada pelajar lelaki tidak akan menjejaskan PERPIS kerana kualiti pelajar lelaki yang menyertai PERPIS adalah dikalangan mereka yang berwibawa dan mampu menjana PERPIS ke medan kejayaan. Beliau turut berkeyakinan pelajar perempuan akan memberi komitmen yang terbaik dalam menjayakan aktiviti PERPIS.


Keyakinan Ust Zaidi dibuktikan oleh Ucapan penuh semangat, pengerusi baru saudara Mohd Razmi Shahdan Abdul Rasit (3 Matahari). Beliau menyeru kawan-kawan supaya berazam untuk memberi khidmat yang terbaik kepada PERPIS kerana kita akan diberi ganjaran pahala oleh Allah SWT. Razmi turut mengingatkan bahawa Menengak syiar agama adalah tugas jihad kita semua.


Selain Ust Mohd Zaidi yang bertindak sebagai Ketua Penasihat PERPIS, UstAhmad Sihabuddin, Cik Salmiah Abd.Aziz, Ustz Dayang Salmi dan Puan Junaidah turut bertindak sebagai guru penasihat PERPIS pada tahun ini.

Harapan kita, PERPIS akan lebih berdaya maju untuk menjana kecemerlangan sahsiah dan akedemik pelajar pada tahun ini

Tiada ulasan: