Khamis, 7 Januari 2010

permulaan

update.

akhirnya, saya selaku orang yang diberi tanggungjawab untuk mengupdate blog ini.
Selaku orang yang kurang mahir dalam bab-bab blog-blog ni.
Saya memilih untuk bercerita apa sahaja berkenaan dengar PERPIS.
Walaupun ia adalah cerita berkisar berkenaan PERPIS semasa era 2000-2006.
Sekarang sudah 2010.
Bermakna, ia adalah sesuatu yang terkebelakang.

Namun,
apakan daya,
sudahlah blog ini, update pun kaddang-kaddang (kata Tan Sri P.Ramlee).
Tidak dikenali pulak tu.

Namun,
saya percaya masih ada insan-insan yang sudi menyinggahkan diri ke sini.
Terima kasih.
Mungkin insan-insan ini bolehlah mengirim sebarang bentuk perkongsian ke email.
Ewah...
perpissmkbg_04@yahoo.com

InsyaAllah kita akan sama-sama berkongsi di ruangan yang ada ini.

Sebenarnya,
saya menunggu bakal cikgu kita, insyaAllah ADRIYANI YAMIN@ SITI AISHAH ABU BAKAR..ataupun sesiapa sahaja yang sudi untuk mencoret sesuatu disini sebagai perkongsian bersama.

Apa-apun kita faham,
kondisi masing-masing yang semakin disibukkan dengan pelbagai hal.

Untuk kali ini,
Saya ingin membawa serba sedikit permasalahan umat Islam yang melanda dunia,
namun, berita ini mengenainya hanya hambar di ruangan berita perdana.

Terutamanya melibatkan saudara-saudara kita yang berada di Palestin,

Keterbatasan ilmu menyebabkan saya agak segan mencoret kisah duka pilu saudara-saudara kita ini. Namun, cukuplah saya katakan, bahawa setiap hari ada sahaja darah yang mengalir di sana.
Ya...apa daya kita...?.. sebagai langkah yang termampu,
kita seharusnya melontarkan doa,

Ada banyak lagi langkah yang boleh diambil. Berserah pada kita untuk menjalankan langkah-langkah ini.


Apa perlunya kita harus mengambil berat hal-hal ini...?
kerana Rasulullah, sebagai tauladan kita bersabda antara lain, bermaksud,

"sesiapa yang tidak mengambil tahu mengenai saudaranya..dia bukanlah dari kalangan umatku.."

Sudah tentu, kita tidak mahu berada dalam kelompok 'bukan dari umat Nabi'.

ya..ada huraian khusus tentang hadis ini. Mungkin boleh dibincangkan bersama..keterbatasan ilmu membuatkan perkongsian ini agak terbatas dari segi ilmu.

untuk semua...

Selamat tahun baru untuk semua,
Tahun itu sentiasa akan 'baru'..moga2 Iman dan amalan kita juga sama-sama sentiasa diperbaharui...


Islam itu indah..marilah kita sama-sama mengindahkannya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

SALAMUNALAIK..
segala usaha untuj=k membangunkan blog ini semoga d balas ole NYA. DIA lah sbaik baik penberi balasan. meski hanya segelintir yang mengambil peduli, insyaALLAH jika diniatkan kerana ALLAH segaka hasil kerja, penat lelah akan terasa indah. teruskan berjuang kerana ALLAH.

Tanpa Nama berkata...

Terima kasih atas perkongsian dan perinagatan yang sungguh bermakna. Terutama tentang hadis nabi. Cukup untuk menggugah jiwa dan menjentik nurani yang selama ini sangat memanjakan diri. Masih ingin membeli barangan boikot. Terasa nikmatnya meminum milo sejuk, betapa bergayanya memakai handphone beru jenama Nokia..Ya Allah kejamnya aku! Mudah mudahan selepas ini kita akan lebih kuat untuk menyelamatkan bumi para anbiya. Samada kita peduli atau tidak, satu hari nanti kejayaan pasti milik islam. Ingat sabda Nabi, tidak akan berlaku hari kiamat sehinggalah bumi palestin terbebas. Jadi kita yang memilih samada mahu dikumpulkan bersama Nabi tercinta di hari akhirat kelak atau tidak. Sama sama muhasabah diri. Keran kelemahan diri dan hinanya diri ini di ahdapanNya maka saya memperingati kita semua agar terus berusaha memperjuangkan masjid aqsa selagi mana nafas masih terus ada dalam jiwa kita. Wassalam..