Ahad, 4 Oktober 2009

real story




"hah!! dari mana ni??". Sir J bertanya. Suaranya keras. Subjek komsas mengenai 'lelaki orang putih' terhenti.

Kami lebih kurang 10 pelajar 2 Anggerik. Terkebil-kebil. Antara bersedia dan takut.

Khairunnisa yang berani, menjawab.

"dari surau, solat zuhur...".

"ooohhh...".

Pap!.

Kami dihadiahkan sepakan percuma di belakang betis.

Terdorong Kharunissa ke hadapan.

Habis membuat sepakan. Kami disuruh duduk.

"lain kali, lepas solat terus masuk kelas...jangan tunggu-tunggu...ni berapa rugi sudah kamu...". Dia berceramah.

"tapi Sir....". Charles cuba menerangkan.

"apa...?". Sir J bercekak pinggang.

"zuhur lewat masuk...jadi kami...".

Memang setiap masa pertama kelas, kami akan lewat 10 minit.

"ahhh...lain kali jangan beralasan..". Sir J meneruskan P&P.


Khairunisa tersengih-sengih.

"ba wau dal wau hah...". Sir J yang menyedari reaksi kami menghadiakan perkataan itu.

Walaupun Sir J bukan beragamaIslam, tetapi dia tahu serba sedikit tentang solat.

"Paling tidak hanya 5 minit masa diperlukan untuk solat. Apatah lagi jika berjemaah...". Sir J meneruskan ceramah sebelum menyambung sesi P&P yang sering terhenti.


....................................................................

Kami sudah biasa di sepak. Lewat masuk. Tidak menjawab soalan.

hanya kelas kami berani lewat masuk ke kelas kerana bersolat di surau. Kelas lain tidak pasti.
Sir J memang brutal.

mungkin sebab isterinya seorang Inspektor polis.


..............................................

"nanti aku letak paku belakang betis...biar padan muka Sir tu...".

kami ketawa beramai-ramai.



.............................................................................................




nota bawah:

dianggarkan hanya2.5 % pelajar sekolah yang bersolat setiap hari.

Isnin, 7 September 2009

Surau Al-Gaffar








sekadar mengisi kekosongan...
sedikit cerita mengenai surau kayu...

Surau ini adalah nadi bagi SMK Bukit Garam.
Saya tidak pasti bila ia dibina.

Tetapi yang pasti sejak di darjah 3 ( tidak silap tahun 1996) lagi. Surau ini sudah wujud.
Mungkin keadaanya dan warnanya sahaja yang berubah-ubah..kuning,hijau,pin

Kebiasaanya penyeri bagi surau ini adalah budak-budak asrama (aspura/aspuri ). Khususnya pelajar lelaki. Dari solat Subuh, Zuhur, Asar sehingga Maghrib semuanya dilakukan di Surau ini.

Malah Qiamulail sekali berlangsung di Surau ini..


Kebiasaanya para 'budak-budak asramalah tukang sapu. Lap cermin. Mop lantai. Cuci langsir.
Harap pelajar sekolah. Agak mustahil.


Alhamdulillah..
Sejak saya di asrama. Pengisian Surau ini selalu padat. Ada bilal melaungkan azan setiap waktu. Ada kuliah Subuh dan Maghrib.

Biasanya pemberi kuliah ini adalah pelajar-pelajar senior yang berani bercakap dihadapan.
Dengan membaca buku tebal yang tersedia sesiapun boleh. Asal berani duduk dihadapan Aspura dan Aspuri.

Siap ada sesi soal jawab lagi..

Ada juga sesi ceramah oleh golongan-golongan ustaz. Ustaz-ustaz dengan sukarela datang. Subuh ataupun maghrib.

Biasanya bab-bab yang dibincang adalah berkenaan dengan Fiqh . Maklumlah waktu dikelas tidak cukup untuk belajar bab-bab ini. Lagipun aspek ini, adalah harian.

Juga tidak ketinggalan bab-bab akidah.




Semasa saya bersekolah petang.
Kebiasaanya yang solat diwaktu bilal Subuh berganti-ganti. Kebiasaanya adalah senior-senior yang bersekolah pagi.

Saya tidak begitu mengingati siapa.
Yang saya ingat adalah dari 'kaki-kaki surau'.

Macam Azman, Alias, Ijhad..Fadli Nur...biasanya pelajar-pelajar 5 Anggerik (payahnya untuk diingat).




Semasa asrama 'pengsan air'. Surau inilah tempat menagih simpati.
Untuk aspuri. Baldi akan ditadah dikawasan wudhu.
Tetapi, aspura. Mereka bebas sedikit. Boleh mandi dan berenang sekali..

Kalau tidak silap. Di tahun 2003, surau ini telah mendapat anugerah
SURAU YANG PALING AKTIF. semasa Maulidur Rasul. peringkat Daerah Kinabatangan.

Selepas tahun itu. Anugerah itu diberhentikan. Mungkin jika tidak diberhentikan, anugerah itu masih dikuasai..

Tetapi...
Sejak tahun 2005...kuasa surau ini semakin kelam.

Mungkin disebabkan krisis kepimpinan yang berlaku di asrama (menurut pandangan beberapa pelajar asrama)..
Juga mungkin masalah air yang berlaku di kawasan asrama..sekaligus Surau ini..



Mungkin juga ada masalah lain..
Menyebabkan keadaan surau itu semakin kelam...
Saya menanti-nantikan ada pemimpin dari kalangan PERPIS untuk menghalau kelam itu..

moga kelam itu hanya sementara...
InsyaAllah bila keadaan Asrama stabil surau itu akan terkena tempiasnya...


Saya menantikan ada peluang untuk ke sana..memeriksa tahap kelam (mungkin jangkaan saya silap)...


by; wakil admin (2000-2006)
....................................................
nota kaki;
Gambar-gambar sekadar gambar hiasan.

masjid Putrajaya..kadang terlebih iklan tentangnya.

masji terapung..(lupa namanya)dekat Marang.Terangganu.

Selasa, 25 Ogos 2009

cerita Ramadhan

Lama sudag blog ni kosong. Mungkin kekosongan idea atau kesibukan masa.

Dibulan yang penuh berkat ni. Semoga segalanya dipermudahkan Apatah lagi bila syaitan telah dirantai, pintu Syurga dibuka luas. Neraka ditutup..Oh indahnya;