Khamis, 7 Januari 2010

permulaan

update.

akhirnya, saya selaku orang yang diberi tanggungjawab untuk mengupdate blog ini.
Selaku orang yang kurang mahir dalam bab-bab blog-blog ni.
Saya memilih untuk bercerita apa sahaja berkenaan dengar PERPIS.
Walaupun ia adalah cerita berkisar berkenaan PERPIS semasa era 2000-2006.
Sekarang sudah 2010.
Bermakna, ia adalah sesuatu yang terkebelakang.

Namun,
apakan daya,
sudahlah blog ini, update pun kaddang-kaddang (kata Tan Sri P.Ramlee).
Tidak dikenali pulak tu.

Namun,
saya percaya masih ada insan-insan yang sudi menyinggahkan diri ke sini.
Terima kasih.
Mungkin insan-insan ini bolehlah mengirim sebarang bentuk perkongsian ke email.
Ewah...
perpissmkbg_04@yahoo.com

InsyaAllah kita akan sama-sama berkongsi di ruangan yang ada ini.

Sebenarnya,
saya menunggu bakal cikgu kita, insyaAllah ADRIYANI YAMIN@ SITI AISHAH ABU BAKAR..ataupun sesiapa sahaja yang sudi untuk mencoret sesuatu disini sebagai perkongsian bersama.

Apa-apun kita faham,
kondisi masing-masing yang semakin disibukkan dengan pelbagai hal.

Untuk kali ini,
Saya ingin membawa serba sedikit permasalahan umat Islam yang melanda dunia,
namun, berita ini mengenainya hanya hambar di ruangan berita perdana.

Terutamanya melibatkan saudara-saudara kita yang berada di Palestin,

Keterbatasan ilmu menyebabkan saya agak segan mencoret kisah duka pilu saudara-saudara kita ini. Namun, cukuplah saya katakan, bahawa setiap hari ada sahaja darah yang mengalir di sana.
Ya...apa daya kita...?.. sebagai langkah yang termampu,
kita seharusnya melontarkan doa,

Ada banyak lagi langkah yang boleh diambil. Berserah pada kita untuk menjalankan langkah-langkah ini.


Apa perlunya kita harus mengambil berat hal-hal ini...?
kerana Rasulullah, sebagai tauladan kita bersabda antara lain, bermaksud,

"sesiapa yang tidak mengambil tahu mengenai saudaranya..dia bukanlah dari kalangan umatku.."

Sudah tentu, kita tidak mahu berada dalam kelompok 'bukan dari umat Nabi'.

ya..ada huraian khusus tentang hadis ini. Mungkin boleh dibincangkan bersama..keterbatasan ilmu membuatkan perkongsian ini agak terbatas dari segi ilmu.

untuk semua...

Selamat tahun baru untuk semua,
Tahun itu sentiasa akan 'baru'..moga2 Iman dan amalan kita juga sama-sama sentiasa diperbaharui...


Islam itu indah..marilah kita sama-sama mengindahkannya.

Ahad, 4 Oktober 2009

real story




"hah!! dari mana ni??". Sir J bertanya. Suaranya keras. Subjek komsas mengenai 'lelaki orang putih' terhenti.

Kami lebih kurang 10 pelajar 2 Anggerik. Terkebil-kebil. Antara bersedia dan takut.

Khairunnisa yang berani, menjawab.

"dari surau, solat zuhur...".

"ooohhh...".

Pap!.

Kami dihadiahkan sepakan percuma di belakang betis.

Terdorong Kharunissa ke hadapan.

Habis membuat sepakan. Kami disuruh duduk.

"lain kali, lepas solat terus masuk kelas...jangan tunggu-tunggu...ni berapa rugi sudah kamu...". Dia berceramah.

"tapi Sir....". Charles cuba menerangkan.

"apa...?". Sir J bercekak pinggang.

"zuhur lewat masuk...jadi kami...".

Memang setiap masa pertama kelas, kami akan lewat 10 minit.

"ahhh...lain kali jangan beralasan..". Sir J meneruskan P&P.


Khairunisa tersengih-sengih.

"ba wau dal wau hah...". Sir J yang menyedari reaksi kami menghadiakan perkataan itu.

Walaupun Sir J bukan beragamaIslam, tetapi dia tahu serba sedikit tentang solat.

"Paling tidak hanya 5 minit masa diperlukan untuk solat. Apatah lagi jika berjemaah...". Sir J meneruskan ceramah sebelum menyambung sesi P&P yang sering terhenti.


....................................................................

Kami sudah biasa di sepak. Lewat masuk. Tidak menjawab soalan.

hanya kelas kami berani lewat masuk ke kelas kerana bersolat di surau. Kelas lain tidak pasti.
Sir J memang brutal.

mungkin sebab isterinya seorang Inspektor polis.


..............................................

"nanti aku letak paku belakang betis...biar padan muka Sir tu...".

kami ketawa beramai-ramai.



.............................................................................................




nota bawah:

dianggarkan hanya2.5 % pelajar sekolah yang bersolat setiap hari.

Isnin, 7 September 2009

Surau Al-Gaffar








sekadar mengisi kekosongan...
sedikit cerita mengenai surau kayu...

Surau ini adalah nadi bagi SMK Bukit Garam.
Saya tidak pasti bila ia dibina.

Tetapi yang pasti sejak di darjah 3 ( tidak silap tahun 1996) lagi. Surau ini sudah wujud.
Mungkin keadaanya dan warnanya sahaja yang berubah-ubah..kuning,hijau,pin

Kebiasaanya penyeri bagi surau ini adalah budak-budak asrama (aspura/aspuri ). Khususnya pelajar lelaki. Dari solat Subuh, Zuhur, Asar sehingga Maghrib semuanya dilakukan di Surau ini.

Malah Qiamulail sekali berlangsung di Surau ini..


Kebiasaanya para 'budak-budak asramalah tukang sapu. Lap cermin. Mop lantai. Cuci langsir.
Harap pelajar sekolah. Agak mustahil.


Alhamdulillah..
Sejak saya di asrama. Pengisian Surau ini selalu padat. Ada bilal melaungkan azan setiap waktu. Ada kuliah Subuh dan Maghrib.

Biasanya pemberi kuliah ini adalah pelajar-pelajar senior yang berani bercakap dihadapan.
Dengan membaca buku tebal yang tersedia sesiapun boleh. Asal berani duduk dihadapan Aspura dan Aspuri.

Siap ada sesi soal jawab lagi..

Ada juga sesi ceramah oleh golongan-golongan ustaz. Ustaz-ustaz dengan sukarela datang. Subuh ataupun maghrib.

Biasanya bab-bab yang dibincang adalah berkenaan dengan Fiqh . Maklumlah waktu dikelas tidak cukup untuk belajar bab-bab ini. Lagipun aspek ini, adalah harian.

Juga tidak ketinggalan bab-bab akidah.




Semasa saya bersekolah petang.
Kebiasaanya yang solat diwaktu bilal Subuh berganti-ganti. Kebiasaanya adalah senior-senior yang bersekolah pagi.

Saya tidak begitu mengingati siapa.
Yang saya ingat adalah dari 'kaki-kaki surau'.

Macam Azman, Alias, Ijhad..Fadli Nur...biasanya pelajar-pelajar 5 Anggerik (payahnya untuk diingat).




Semasa asrama 'pengsan air'. Surau inilah tempat menagih simpati.
Untuk aspuri. Baldi akan ditadah dikawasan wudhu.
Tetapi, aspura. Mereka bebas sedikit. Boleh mandi dan berenang sekali..

Kalau tidak silap. Di tahun 2003, surau ini telah mendapat anugerah
SURAU YANG PALING AKTIF. semasa Maulidur Rasul. peringkat Daerah Kinabatangan.

Selepas tahun itu. Anugerah itu diberhentikan. Mungkin jika tidak diberhentikan, anugerah itu masih dikuasai..

Tetapi...
Sejak tahun 2005...kuasa surau ini semakin kelam.

Mungkin disebabkan krisis kepimpinan yang berlaku di asrama (menurut pandangan beberapa pelajar asrama)..
Juga mungkin masalah air yang berlaku di kawasan asrama..sekaligus Surau ini..



Mungkin juga ada masalah lain..
Menyebabkan keadaan surau itu semakin kelam...
Saya menanti-nantikan ada pemimpin dari kalangan PERPIS untuk menghalau kelam itu..

moga kelam itu hanya sementara...
InsyaAllah bila keadaan Asrama stabil surau itu akan terkena tempiasnya...


Saya menantikan ada peluang untuk ke sana..memeriksa tahap kelam (mungkin jangkaan saya silap)...


by; wakil admin (2000-2006)
....................................................
nota kaki;
Gambar-gambar sekadar gambar hiasan.

masjid Putrajaya..kadang terlebih iklan tentangnya.

masji terapung..(lupa namanya)dekat Marang.Terangganu.