Khamis, 21 Mei 2009

Muslim's Teenagers Camp 09


Assalamualaikum wtw, Salam Ukhwah...  


Untuk makluman adik-adik, InsyaAllah pada bulan Jun nanti sebuah program mendidik jiwa dan minda akan diadakan. Pelbagai pengisian menarik disajikan buat adik-adik yang ingin mengikuti program ini. Bagi pelajar-pelajar SMK Bukit Garam, keutamaan diberikan kepada pelajar-pelajar PERPIS 2009. Program ini terbuka kepada semua pelajar sekolah menengah sekitar daerah Kinabatangan.. Tingkatan 4 & 5. Antara objektif program ini adalah untuk membentuk akhlak islami dalam kalangan pelajar dan memberi kesedaran tentang kepentingan ketrampilan dan kecemerlangan akademik. InsyaAllah kami cuba memberikan yang terbaik untuk adik-adik. Jom daftar... pendaftaran adalah terhad! 
Berikut merupakan maklumat program :-

MUSLIM'S TEENAGERS CAMP
Tarikh : 05 - 08 Jun 2009
Tempat : SMK Sri Lamag, Kinabatangan
Anjuran : Persatuan Siswazah Sabah (PSS) 
dengan kerjasama
Unit Bimbingan & Kaunseling SMK Sri Lamag

Kepada pengunjung-pengunjung blog yang bermurah hati, bolehlah membantu dengan memberikan sumbangan untuk program ini. Sumbangan berbentuk wang bolehlah disalurkan kepada akaun bendahari program : 

Siti Aminah Asmat
no. akaun BSN : 12995-29-00001136-2

Arigato gozaimas... :) 




Rabu, 20 Mei 2009

Selamat Hari Guru....


 dedicate to all teachers especially SMK Bukit Garam's Teachers. 
Thank you teacher! 

Happy Mother's Day....


Dedikasi khas buat ibu-ibu... Love u mom :)

Isnin, 4 Mei 2009

Buat adik-adikyang bakal menduduki PMR & SPM


Assalamualaikum wtw...
 
aPa khabar adik2? akak harap semuanya sihat2 belako. hehe... Pejam celik, pejam celik... tinggal beberapa bulan sahaja lagi adik2 akan menduduki peperiksaan besar yang bakal mengubah hala tuju masa depan adik2. Macam mana dengan persiapan? Are you ready?!!! Sedikit ilmu hendak dikongsi bersama dengan adik2..  Harap dapat take note and take action :)

Merancang Program Mengulangkaji

1. Buat Jadual ulangkaji yang seimbang bagi tiap-tiap mata pelajaran. Jadualkan juga masa berehat untuk mengurangkan ketegangan. Dalam mengulangkaji pelajaran, anda hendaklah berehat setiap 20-30 minit. Waktu rehat sekurang-kurangnya 5 minit. 

2. Tumpukan pada topik utama sahaja. Tanya guru anda untuk mendapatkan 'hint' / klu/ soalan spot tentang topik yang mungkin akan disoal dalam peperiksaan.

3. Semak contoh-contoh soalan tahun-tahun lepas supaya anda dapat menjangka bentuk jawapan yang diperlukan.

4. Ulangkaji dengan cermat setiap mata pelajaran 

5. Sediakan nota-nota ringkas, terutamanya bagi topik yang dijangka keluar.

6. Buat rangka jawapan topik-topik yang dijangka keluar berdasarkan soalan-soalan peperiksaan lepas

7. Latih diri anda menjawab soalan-soalan peperiksaan lepas mengikut waktu yang telah ditetapkan.

8. Rujuk kepada guru apabila menghadapi masalah berhubung dengan pelajaran.

9. Jangan sesekali ponteng kelas. Anda mungkin tertinggal tip2 penting yang diberikan oleh guru anda. 


Saidina Uthman bin Affan r.a berkata, Antara tanda2 orang yang bijaksana ialah :

1. Hatinya selalu berniat suci 
2. Lidahnya selalu basah dengan zikrullah
3. Kedua matanya menangis kerana penyesalan (terhadap dosa)
4. Segala perkara dihadapinya dengan sabar dan tabah 
5. Mengutamakan kehidupan akhirat daripada kehidupan dunia. 

Semoga berjaya... :)

Ibu, letakkanlah pipiku di tanah

Diceritakan oleh sebahagian orang-orang soleh, bahawasanya ada seorang perempuan tua yang mempunyai seorang anak lelaki yang lalai akan dirinya. Apabila lelaki itu hampir meninggal dunia, ia meminta kepada ibunya “Ibu, letakkanlah pipiku di tanah”

Ibunya pun menuruti permintaannya.
Kemudian lelaki itu menangis dan memohon dengan sungguh-sungguh kepada Allah agar dosa-dosanya diampuni. Menjelang kematiannya, ia berkata kepada ibunya: “Demi Allah, janganlah ibu memberitahukan kematian anakmu ini pada seseorangpun, kuburkanlah anakmu ini di pinggir rumah ini, kerana selama ini anakmu ini telah menyakiti tetangga-tetangga anakmu yang masih hidup di dunia. Maka anakmu ini tidak ingin menyakiti tetangga-tetangga yang telah mati, di akhirat kelak”

Ibunya pun menunaikan permintaannya, ia menguburkan anaknya di dalam rumah. Pada suatu malam, perempuan tua itu bermimpi bahawa anak lelakinya itu berada di kebun yang indah yang di dalamnya terdapat istana-istana yang dihias indah. Dan di antara kedua mata anaknya tertulis dengan cahaya, kalimat yang bebunyi: “inilah hamba yang mengakui dosanya, ia bebas daripada neraka”
Ibunya berkata “berhentilah anakku, ibumu mahu bertanya, apakah puncanya engkau berada di tempat mulia ini?”

Ia menjawab “Setelah anakmu ini wafat. Aku dihadapkan kepada Yang Maha Haq, Dia berkata kepadaku ” wahai hamba Ku, engkau dibenci dan dijauhi dengan penuh kemarahan oleh orang-orang sekelilingmu ketika hidupmu, mereka telah menutup pintu rahmat-Ku kepadamu. Seakan-akan keampunan-Ku tidak cukup bagi menebus segala dosa kesalahanmu. 

Seakan-akan perbendaharaan kekuasaan-Ku memerlukan kebaikanmu. Sedangkan Aku merahmatimu kerana pengakuanmu terhadap kekuranganmu, tawaduk (rendah diri) dan permohonanmu yang bersungguh-sungguh untuk mendapatkan keampunan-Ku. Berangkatlah menuju nikmat-Ku. Aku telah mengampunimu”. Petikan Kitab: Al-Mawa’idh wal Majalis: masa: 235 Sesungguhnya rahmat Allah itu Maha Luas, berusahalah kita mendapatkanya. insyaAllah.

Ingatan dari Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat merupakan salah seorang ulama' di Malaysia, di dalam bukunya bertajuk “insan, ingatlah…” bunyinya lebih kurang “hidup ini umpama pengiraan matematik, kita tidak tahu apakah jawapan sebenarnya selagi kita tidak sampai ke penghujung pengiraannya”.

Bermakna: hari ini mungkin kitalah seorang yang paling wara’ dan alim, tetapi jangan sesekali megah,ujub dan takabur dengan itu semua, kerana kesudahan hidup kita belum tentu lagi bagaimana. Begitu juga jika hari ini kitalah orang yang paling berdosa, tetapi jangan sesekali putus asa dengan rahmat Allah, kerana rahmat Allah Maha Luas, pengampunannya melebihi segala-galanya.
Wallahualam. 

 

 

 

Ingatan tulus ikhlas buat adik-adik SMKBG









Ahad, 3 Mei 2009


Assalamualaikum wtw...

Alhamdulillah diberi kesempatan oleh Allah untuk bersama mantan anggota PERPIS SMKBG yang lain menyumbang sesuatu yang bermanfaat buat adik-adik di sekolah. Harapnya, blog ini telah pun diketahui kewujudannya oleh adik-adik SMK Bukit Garam terutamanya buat ahli PERPIS. Tidaklah kami syok sendiri... post entry2 baru, tp adik2 SMKBG x tahu pun tentang kewujudan blog ini...utk tatapan minda dan jiwa. Lawatlah blog ni kalau ada peluang. Pelajar luar bandar juga memerlukan kemudahan seperti pelajar di sekolah2 bandar terutamanya kemudahan internet. Tak pun, pinjam jak laptop ust zaidi..hehe. 'Pearls of Islam', post terbaru kali ini. Kenapa pulak akak post entry ni? apa agaknya adik2 tgh fikirkan mengenai post terbaru kali ini? Harapan akak untuk melihat adik2 menjadi mutiara-mutiara Islam... yang menyinari hidupmu dan orang sekelilingmu dengan semangat dan usaha cintakan ISLAM. Adik-adik yang dikasihi kerana Allah.. adik-adik adalah harapan Rasulullah saw, harapan Islam, adik-adik harapan ibu dan ayah, harapan guru-guru, harapan masyarakat dan harapan negara. Belajarlah untuk mengejar cita-citamu... dengan ILMU & REDHA ALLAH kita akan berjaya dunia dan akhirat... insyaALLAH. 'Kalau nak pintar...belajar, kalau nak hasil...usaha'. Teringat pulak dialog yang diucapkan oleh pelajar-pelajar miskin dalam filem Laskar Pelangi. Filem motivasi buat guru dan para pelajar. Dapatkan segera. Akak dah lencong dah ni.. huhu. Pesan akak, Tetapkan matlamat hidup adik-adik... semuanya untuk mencari redha Allah. Tanamkan dalam diri bahawa adik2 perlu memberi sumbangan untuk Islam. semua ok kan? 

Khas untuk adik-adik SMKBG

ADIK REMAJAKU

Teguhmu membangun Ummah
Pendirianmu membela maruah
Tafakurmu mendamba hidayah
Dikaulah remaja yang sempurna

Usia mudamu hanya sekali
Penuhilah ia dengan berbakti
Ajaran Rasul hendaklah diikuti
Perintah Allah wajib dipatuhi

Bersyukurlah atas rahmatNya
Bersabarlah dengan dugaanNya
Bertakwalah dirimu kepadaNya
Pahala berganda ganjarannya

Andai nafsu dapat kau tahan
Tangisanmu hanya kerana Tuhan
Hatimu terpaut pada rumahNya
Nikmat Syurga akan kau rasa

Perjalananmu masih jauh
Wahai adikku aturlah langkah
Gunalah kelebihan yang ada
Demi keagungan agama dan bangsa


BY : RAIHAN

P/S: Hayati lirik nasyid di atas ya.... :)